CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 2, 2009

komponen utk membuat ayat ringkas -French

14 celcius..
baru lepas hujan.
ha... nak tau x?
hari ni merupakan hari pertama kuliah bermula utk semester musim bunga.
so... da faham kenapa saya lama x update blog ni?
uhuh..
sbb saya sedang bercuti!
so, blog ni pun turut bercuti la. =D
(manusia mmg hidup dengan alasan)
ngueh3..
oh ye, maybe semester ni saya akan menambah kerajinan saya untuk menambah info2 penting dalam blog ni. so, x de la cam bosan sangat tgk blog x berupdate kn?

so... kembali pada tajuk yang telah dijanjikan pada post yang lepas..
ingat x janji saya?
"untuk post yang seterusnya, berkaitan jenis2 perkataan."

Simple Sentence Construction
untuk membina ayat, kita memerlukan kata nama, kata kerja, kata hubung, kata sifat dan sewaktu dengannya. betul x? ha.. camtu gak la dalam French. untuk membina sebaris ayat mudah, kita memerlukan: Noun, Adjective, Verb & Adverb.

Nouns -kata nama
kata nama dalam French lebih kurang sama dengan English kerana ia mempunyai perbezaan antara singular & plural. Bahasa Malaysia x de kan? namun, ia amat berbeza dengan Bahasa Malaysia dan English kerana kata nama dalam French mempunyai jantina yang tersendiri.
so, point pentingnya...
ada singular & plural, ada gender tersendiri.

persoalannya... bagaimanakah cara untuk kita mengenal pasti apakah gender bagi setiap perkataan?
agak mudah tapi rumit.
cara terbaik adalah dengan menghafal setiap kata nama dalam French beserta article (la, le, les @ un, une, des).
contoh:
Bahasa Malaysia- meja. English- table. French- la table (lah tahbl) @ une table (ewn tahbl).
Bahasa Malaysia- buku. English- book. French- le livre (luh leevr) @ un livre (aN leevr)

apa itu articles?
articles dalam English ada 3: a, an, the.
articles dalam French ada 6: un, une, les, la, le, les.

persoalannya... kenapa sampai 6? seperti yang telah diterangkan tadi,
setiap kata nama dalam French disertai dengan articles (countable & uncountable): 2;
setiap kata nama dalam French mempunyai gender tersendiri: 2;
setiap kata nama dalam French mempunyai singular & plural: 2.
ha... kn 6 tu.. =D

dipendekkan cerita,
masculine article for "the" : le (luh)
feminine article for "the" : la (lah)
plural aritcle for "the" : les (lay)
masculine article for "a" : un (aN)
feminine article for "a" : une (ewn)
plural article for "a" : des (day)

contoh:
Bahasa Malaysia- buku, buku-buku.
English- a book, the book, books.
French- un livre (aN leevr), des livres (day leevr), le livre (luh leevr), les livres (lay leevr).

Adjectives -kata sifat
kata sifat digunakan untuk menggambarkan kata nama. seperti yang dikatakan tadi, setiap kata nama mempunyai article tersendiri. so, kata sifat yang menggambarkan kata nama tersebut perlulah menepati ciri2 article kata nama tersebut.
contoh:
Le papier blanc. (luh pah-pyay blahN)
The white paper.

La grande maison. (la grahNd meh-zohN)
The big house.

Les petits oiseaux. (lay puh-tee-zwah-zo)
The little birds.

Verbs -kata kerja
kata kerja adalah perbuatan yang dilakukan. perbuatan ini memerlukan pelakunya, samada terdiri daripada noun (kata nama) @ pronoun (kata ganti nama).
seperti dalam English, kata kerja perlu seiring dengan pelakunya.
contoh: The leaf falls. (kita tak kata 'The leaf fall' kn?)
so, dalam French kata kerja mempunyai tambahan khas pada setiap subjek. (I, you, we, she and so on)
contoh:
Les petits oiseaux chantent.
(lay puh-tee zwah-zo shahNt)
The little birds sing. (@ are singing)
~tajuk ni memerlukan huraian. so, akan dihuraikan pada post2 akan datang. =D

Adverbs -kata keterangan
fuh.. kata keterangan? pe tu? ehe.. kata keterangan digunakan untuk menerangkan sesuatu samada kata kerja, kata sifat @ kata keterangan yang lain.
dalam English, kebanyakan adverb berakhir dengan -ly. contoh: "Please, speak slowly"
dalam French, adverb berakhir dengan -ment. contoh: "Parlez lentement, s'il vous plaît" (pahr-lay lahNt-mahN seel-voo-pleh)

ha.. habis sudah empat komponen asas untuk membuat ayat ringkas.
jom aplikasi!

Les petits oiseaux chantent joyeusement.
(lay puh-tee-zwah-zo shahNt zhwah-yewz-mahN)
The little birds sing happily.

2 commentaires:

Saya said...

tres bien..merci (ecece..itu je pon yg tahu..huhu)

tiara-qurratu'aini said...

bravo! ain suka la lawat blog ni, infoemative!!