CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 18, 2009

Selayang Pandang..

9 celcius...
baru saja selesai mengedit serba sedikit pada layout setelah membazirkan masa beberapa jam memilih skin yang terbaik untuk blog ini. bukan tak pernah ada blog, bukan tak tau kat mana nak mencari, cuma terasa mahu yang terbaik kali ini. sedap mata memandang kata orang. setelah menyenaraikan pendekkan berpuluh-puluh skins yang dilihat sejak pagi tadi, akhirnya mengambil keputusan untuk membiarkan rakan serumah, sebilik, seuniversiti, sefakulti, sekuliah, sekelas, sebelah meja tapi tak sebaya memilih skin yang terbaik berdasarkan pendapatnya yang tersendiri. baru la tak rasa cam syok sendiri je pilih skin utk blog kali ni. ehe..

so... tujuan blog ini diwujudkan, tak lain tak bukan hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu yang baru dibaca, dengan harapan ilmu itu akan sentiasa melekat dalam minda bertepatan dengan tulisan pada blog ini yang akan kekal hingga suatu masa.
~doa2 la saya tak tutup blog ni k. ehe..

ingin diingatkan bahawa tak semua orang sama cara penulisannya. ada yang memilih untuk menulis berkenaan diri (ala2 diari gitu), pengalaman seharian, tazkirah, pendapat tersendiri. jika mereka yang meminati untuk membaca novel, blog berkisar tentang novel akan menjadi pilihan dihati. oh ye, ada gak blog tentang cerita2 di tv. betul x? so... kali ni saya memilih untuk menaip tentang subjek French.
kenapa?
sebab saya merupakan salah seorang yang kerap search website berkenaan cara mudah untuk belajar french, dan saya rasa amat terpanggil untuk mengajar di blog ini. so, sesiapa yg "kosong" dalam french, boleh la rajin2 lawat blog ni k.

okies... tu je kot buat kali ni.

2 commentaires:

Saya said...

erm..masak2 xnak masukkan sekali??awk kan terer masak..=D

HidupSentiasaCeria said...

masak? uhuh.. belum sampai bab lg kot. kena meniarap dulu kat blog ni, baru boleh lumba lari. :D