CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 19, 2009

kenali huruf French

13 celcius...
bonjour!
so... seperti biasa, bilamana kita nak belajar @ tau sesuatu bahasa, kita kena mahir dalam selok belok hurufnya. contoh:

bahasa Malaysia: A, B, C
English Language: A, B, C
اللغة العربية: ا، ب، ت
dan sebagainya...
macam2 jenis huruf wujud dalam dunia ni, huruf paling famous, semestinya ABC, betul x? saya tak reti nak terangkan huruf negara lain sebab saya memang tak tau. ehe..
so... straight to the point, kenali huruf2 bahasa Perancis..

The French Alphabet
Huruf2 pada Bahasa Perancis sama jumlah & bentuknya dengan huruf2 pada Bahasa Inggeris. 26 kesemuanya. apepun, cara sebutannya agak berbeza. kenapa? itu la dinamakan keunikan sesuatu bahasa. terdapat tambahan pada beberapa huruf Perancis yang perlu diambil berat (kira cam accessory dia la).

Berikut merupakan huruf dan sebutannya..
A (ah) B (bay) C (say) D (day) E (uh) F (ehf) G (zhay) H (ahsh)
I (ee) J (zhee) K (kah) L (ehl) M (ehm) N (ehn) O (o) P (pay)
Q (kew) R (ehr) S (ehs) T (tay) U (ew) V (vay) W (doobluhvay)
X (eeks) Y (eegrehk) Z (zehd)

sama, tapi x serupa... kn?

Vowel Sounds
sebutan @ bunyi pada huruf vokal (vowel sounds) agak sukar dibunyikan. huruf2 vokal tersebut sering digabung 2 @ 3 samada sesama vokal @ bersama konsonan. jom tgk..

a, â (ah)
e, eu (uh)
é, ez, er, et (ay)
è, ê, ai (eh)
i, y (ee)
o, ô, au, eau (o)
o (oh)
ou (oo)
oi, oy (wah)
u (ew) - cara sebutnya... muncungkan mulut, sambil menyebut (ee) dapat x?

The Accent
apa itu "accent"? ia adalah sejenis tanda. ehe... ia terdapat pada huruf a, e & o. nampak x? ia tak mengubah bunyi, kecuali pada huruf e. terdapat beza antara bunyi é & è, ê. apa bezanya?
jom selidik satu2...
untuk penerangan yang lebih mendalam beserta bunyi, sila tekan sini, sini @ sini.

The Mute e
jika terdapat huruf "e" pada akhir perkataan @ di antara dua huruf konsonan, kebiasaannya "e" tersebut tidak dibunyikan. contohnya:

grande (grahNd) tall
samedi (sahm-dee) Saturday

The Nasal Sounds
apakah itu? ehe... perasan x? bila dengar orang bertutur dengan French, ada bunyi2 agak sengau? hehe.. tu la dia yang hendak dimaksudkan. bunyi tu tiada dalam English mahupun Bahasa Malaysia. contoh:

an, en (ahN) grand (grahN) large
ain, in, un, aim, im (aN) pain (paN) bread
on (ohN) bon (bohN) good

Consonants
kebanyakan huruf konsonan dalam French disebut lebih kurang sama dengan English. apepun, perlu diingat bahawa sebutab huruf French mestilah tepat. tak boleh malas2. hehe...
perkataan yang berakhir dengan konsonan biasanya tidak dibunyikan, kecuali jika ia berakhir dengan huruf c, f, r, & l.
ada gak huruf yang agak unik bunyinya.

(s)
ss (di antara dua vokal) poisson (pwah-sohN) fish
c (di depan e @ i) ciel (see-ehl) sky
ç (di depan a, o @ u) garçon (gar-sohn) boy

(g)
g (di depan a, o @ u) gâteau (gah-to) cake
gu (di depan e @ i) guerre (gehr) war

(zh)
j, g (di depan e @ i) jour (zhoor) day

(sh)
ch chapeau (shah-po) hat

(ny)
gn montagne (mohN-tany) mountain

*huruf h selalunya tidak dibunyikan.
*huruf r bunyi cam غ.

The Liaison
ha... perasan x? kadang2 kita dengar bila orang berborak dalam French, bunyi cam perkataan tu panjang sangat, sampai kita pun pelik apa yang dimaksudkan. actually, perkataan tu x de la panjang mane, cuma dalam French, kebanyakan huruf akhir dalam perkataan (konsonan) akan dibunyikan bersama huruf awal dalam perkataan (vokal) berikutnya. sama gak la cam hukum idgham bila membaca Al-Quran. =D (memasukkan huruf pada huruf yang lain). bezanya, tak semua huruf itu disambungkan. contoh:

C'est_un petit_appartement.
(seh-tahN puh-tee-tah-pahr-tuh-mahN)
It's a small apartment.

Vous_êtes mon_ami depuis six_ans.
(voo-zeht-moh-nah-mee duh-pwee see-zahN)
You have been my friend for six years.

apepun, liaison ni tak sistematik sangat. terpulang pada perkataan. contohnya pada et (ay) and, ia tak digabungkan pada huruf berikutnya.

un livre et un crayon
(aN leev-ray // aN kray-yohN)
a book and a pencil.

The Elision
apa jadi kalau 2 vokal bertemu dalam 2 perkataan? biasanya, bila perkataan yang berakhir dengan e @ a (article @ pronoun) bertemu perkataan yang bermula dengan vokal, e @ a yang pertama akan dibuang dan diganti dengan apostrophe '. contohnya:

la + école => l'école (lay-kohl) the school
je + aime => j'aime (jehm) I like
le + enfant => l'enfant (lahN-fahN) the child

okies... stop sampai sini je dulu. sambung pada post akan datang..

0 commentaires: