CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 22, 2009

diTAG -kali ke 2

19 celcius..
wah.. ada orang tag lg..
ehe.. nampak sangat la saya ni lambat update blog ni.
maaf dipinta buat pengunjung blog. bukan malas, tapi ada je benda yang datang menerjah. assignment makin banyak, dengan tesisnya lagi. fuh..
~harap dapat bertahan untuk mengupdate blog ini.

so... straight to the point..
berikut merupakan jawapan bagi tag yang telah diterima daripada pemilik shashimi~

::1::
The age of my next birthday

tepat jam 6.55 pagi 16 Januari 2010 umur saya akan bertukar menjadi seperti nombor di atas. 2010 k... bkn 2009! uhuh...

::2::
Places I'd like to travel to

tempat ini merupakan tempat yang tak pernah jemu untuk dijejaki..
Doakan saya sampai sana k..

::3::
Favourite Food

brownies with Ice Cream!
wah~~~~

bubur nasi..
nyum2.. (",)

::4::
Favourite Place

apa jua jenis Shopping complex~
di mana-mana negara

::5::
Nicknames I've

ehem... nmpk smart baju tu kn!
fie: selesa jika dipanggil dengan nama ini
kakfie: just for my beloved family & adik2 bawah umur.. ehe~
MuFaKkiRaH: nama yang bersepah2 di alam maya a.k.a internet

::6::
Favourite Colour

kuning itu ceria
kuning itu best!

::7::
College Major

Arabic Studies..
Doakan saya cemerlang~

::8::
Name of my love

sila cari diary saya & buka untuk mengetahui.. nge~

::9::
Hobby

mencuba resepi baru ketika 'poket penuh'

mencuba semua jenis makanan kecuali benda pedas..~

::10::
Bad Habits

mengadap laptop lama-lama.
tgk blog makanan, baca blog student, cari info.

kacau teman sebilik!
hidup terasa bahagia bila memanggil2 namanya.. ngueh3~

ni mmg agak ssh la nak hilangkan.
lepas membaca, buku2 tersebut akan ditenggek-tenggekkan dan ditanda supaya mudah dirujuk semula. last2 nampak cam bersepah. ish!

::11::
My wishlist

doakan semoga dipermudahkan urusan~

memegang ijazah dalam bidang yang diidam-idamkan
harap tercapai~

bertemu dengan kerja yang sesuai dengan diri


memiliki sebuah kamera video untuk merakam saat-saat indah
wah... teringin sangat!


THE END

Monday, March 2, 2009

komponen utk membuat ayat ringkas -French

14 celcius..
baru lepas hujan.
ha... nak tau x?
hari ni merupakan hari pertama kuliah bermula utk semester musim bunga.
so... da faham kenapa saya lama x update blog ni?
uhuh..
sbb saya sedang bercuti!
so, blog ni pun turut bercuti la. =D
(manusia mmg hidup dengan alasan)
ngueh3..
oh ye, maybe semester ni saya akan menambah kerajinan saya untuk menambah info2 penting dalam blog ni. so, x de la cam bosan sangat tgk blog x berupdate kn?

so... kembali pada tajuk yang telah dijanjikan pada post yang lepas..
ingat x janji saya?
"untuk post yang seterusnya, berkaitan jenis2 perkataan."

Simple Sentence Construction
untuk membina ayat, kita memerlukan kata nama, kata kerja, kata hubung, kata sifat dan sewaktu dengannya. betul x? ha.. camtu gak la dalam French. untuk membina sebaris ayat mudah, kita memerlukan: Noun, Adjective, Verb & Adverb.

Nouns -kata nama
kata nama dalam French lebih kurang sama dengan English kerana ia mempunyai perbezaan antara singular & plural. Bahasa Malaysia x de kan? namun, ia amat berbeza dengan Bahasa Malaysia dan English kerana kata nama dalam French mempunyai jantina yang tersendiri.
so, point pentingnya...
ada singular & plural, ada gender tersendiri.

persoalannya... bagaimanakah cara untuk kita mengenal pasti apakah gender bagi setiap perkataan?
agak mudah tapi rumit.
cara terbaik adalah dengan menghafal setiap kata nama dalam French beserta article (la, le, les @ un, une, des).
contoh:
Bahasa Malaysia- meja. English- table. French- la table (lah tahbl) @ une table (ewn tahbl).
Bahasa Malaysia- buku. English- book. French- le livre (luh leevr) @ un livre (aN leevr)

apa itu articles?
articles dalam English ada 3: a, an, the.
articles dalam French ada 6: un, une, les, la, le, les.

persoalannya... kenapa sampai 6? seperti yang telah diterangkan tadi,
setiap kata nama dalam French disertai dengan articles (countable & uncountable): 2;
setiap kata nama dalam French mempunyai gender tersendiri: 2;
setiap kata nama dalam French mempunyai singular & plural: 2.
ha... kn 6 tu.. =D

dipendekkan cerita,
masculine article for "the" : le (luh)
feminine article for "the" : la (lah)
plural aritcle for "the" : les (lay)
masculine article for "a" : un (aN)
feminine article for "a" : une (ewn)
plural article for "a" : des (day)

contoh:
Bahasa Malaysia- buku, buku-buku.
English- a book, the book, books.
French- un livre (aN leevr), des livres (day leevr), le livre (luh leevr), les livres (lay leevr).

Adjectives -kata sifat
kata sifat digunakan untuk menggambarkan kata nama. seperti yang dikatakan tadi, setiap kata nama mempunyai article tersendiri. so, kata sifat yang menggambarkan kata nama tersebut perlulah menepati ciri2 article kata nama tersebut.
contoh:
Le papier blanc. (luh pah-pyay blahN)
The white paper.

La grande maison. (la grahNd meh-zohN)
The big house.

Les petits oiseaux. (lay puh-tee-zwah-zo)
The little birds.

Verbs -kata kerja
kata kerja adalah perbuatan yang dilakukan. perbuatan ini memerlukan pelakunya, samada terdiri daripada noun (kata nama) @ pronoun (kata ganti nama).
seperti dalam English, kata kerja perlu seiring dengan pelakunya.
contoh: The leaf falls. (kita tak kata 'The leaf fall' kn?)
so, dalam French kata kerja mempunyai tambahan khas pada setiap subjek. (I, you, we, she and so on)
contoh:
Les petits oiseaux chantent.
(lay puh-tee zwah-zo shahNt)
The little birds sing. (@ are singing)
~tajuk ni memerlukan huraian. so, akan dihuraikan pada post2 akan datang. =D

Adverbs -kata keterangan
fuh.. kata keterangan? pe tu? ehe.. kata keterangan digunakan untuk menerangkan sesuatu samada kata kerja, kata sifat @ kata keterangan yang lain.
dalam English, kebanyakan adverb berakhir dengan -ly. contoh: "Please, speak slowly"
dalam French, adverb berakhir dengan -ment. contoh: "Parlez lentement, s'il vous plaît" (pahr-lay lahNt-mahN seel-voo-pleh)

ha.. habis sudah empat komponen asas untuk membuat ayat ringkas.
jom aplikasi!

Les petits oiseaux chantent joyeusement.
(lay puh-tee-zwah-zo shahNt zhwah-yewz-mahN)
The little birds sing happily.

Monday, February 23, 2009

diTAG?

19 celcius..
wah.. semakin panas nampaknya.
tapi kadang2 pg2 berkabus.
oh ye.. seperti yang telah dimaklumkan pada post yang lepas, saya akan mengupdate blog ini mengikut mood, tapi tak sangka sgt2 yg mood itu tiba2 hilang dalam masa hampir sebulan.
camne mood itu boleh datang hari ini?
sebab baru kemas2 buku.. baru selak2 buku yang dibeli baru2 ini.. baru ada semangat.. ada org dah bising suruh update!
wah.. x leh jd ni..
utk mencari semula MOOD yg hilang entah ke mana itu, saya kira eloknya saya menulis secara santai pada post kali ini. kebetulan, blog ini telah diTAG oleh salah seorang pengunjung blog ini.
so... berikut merupakan soalan dan jawapannya...


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
nama blog saya sekarang... "Speak French". sebabnya? saje teringin nak menaip tentang asas2 dalam bahasa Perancis. tambah ilmu sendiri, bermanfaat utk pembaca. situasi menang2. =D

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
link blog saya sekarang... http://garderlafoire.blogspot.com. camne boleh timbul idea? saje nak letak nama tu. memang berhajat nak letak link dalam bahasa perancis pun. so, lepas ditimbang itu ini, terhasil la link yg sedia ada ini.. pandai fikir, dalam la dapat dikorek! =D

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
insyaAllah saya hanya akan menulis yang berkaitan dengan cara mudah untuk belajar bahasa perancis sebab saya sendiri tak reti dan masih tak dapat kuasai bahasa tersebut. belajar sambil menulis diblog. tak salah kn? =D

4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat) - Bagi yang bukan pelajar di Maghribi, abaikan soalan ini. Tapi, kalau nak jawab dipersilakan!-
wah... menarik soalan ni. jawapan pada pemilik tag pun saya kira menarik. tapi belum cukup kuat untuk menarik perhatian saya bagi meletakkan jwpnnya. sebabnya? identiti ingin dirahsiakan. harap maklum. yang pasti, saya berbangga menjadi rakyat MALAYSIA. =D

5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
secara jujur, saya bukanlah yang selayaknya menjawab soalan ini. apapun, pandangan peribadi saya... blog merupakan cermin kepada diri kita sendiri. pembaca blog akan menilai diri penulis blog drpd cara penulisannya. mahu dikata 'cakap tak serupa bikin'? uhuh.. saya x suka jenis yg aktif menulis diblog, tetapi kurang aktif di khalayak luar. nampak macam pelik! saya suka orang yang jujur dgn diri sendiri.. =D

6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
wah.. pernah! dah terhapus pun. ops.. belum terhapus sepenuhnya, cuma ditutup buat sementara waktu. link tersebut akan digunakan semula pada satu masa yang akan datang. kenapa saya hapuskan blog tersebut? hurm... sebab saya tak suka org mengata bila membaca blog saya. so, baik tutup awal2, drpd menimbun2kan dosa manusia. ehe.. senang cerita, saya tak teringin pun nak jd bahan bualan orang. merajuk? uhuh... mungkin. manusia yang normal itu punyai perasaan apabila dikata. betul x? =D

7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
siapa pemilik blog yang mengeTAG saya ini? salah seorang pembaca blog saya. secara jujur, saya amat meminati cara penulisan blognya. santai tapi berilmu. dulu saya x minat sangat warna blognya sebab biru. tapi selepas berwajah baru, (siap berbunga lg) saya kira blognya makin menarik. kelihatan ayu! nge2.. =D

nak pilih siapa untuk diTAG? ehe.. entah. buat masa ni TIADA. sebab saya pun x tau siapa lg yang rajin melawat blog ini. so... sila rajin2 daftarkan diri anda pada sudut invités.. mungkin anda antara yang bertuah utk TAG yang akan datang. (kalau ada la)... =D

sekian..

Friday, January 23, 2009

Nombor 1-20

16 celcius..
suhu dah makin meningkat?
musim sejuk dah sampai penghujung ke?
sila bersyukur..
ehe...
so... ingin memaklumkan pada pengunjung blog ini bahawasanya saya hanya mengupdate blog ini jika kelapangan dan MOOD itu hadir.
~doa2 la saya istiqamah ye.. ehe..

penerangan berkenaan huruf2 pada post yang lepas tidak berbaloi sekiranya tidak dipraktik pada perkataan. mana mungkin kita berbicara hanya dengan huruf. huruf2 tersebut perlu dicamtum untuk dijadikan perkataan, perkataan pula perlu dicantum untuk dijadikan ayat. setuju?

so... apakah sebenarnya masalah yang timbul semasa mempelajari bahasa asing ini?
bagi pendapat saya, masalah utamanya ialah kurangnya penguasaan pada tatabahasa & perbendaharaan kata. kenapa? sebab kurangnya pembacaan dan pengetahuan.
~hafalan itu juga penting!

untuk permulaan, kita hafal perkataan harian dulu k.

NUMBERS
1- un (aN)
2- deux (duh)
3- trois (trwah)
4- quatre (kahtr)
5- cinq (saNk)
6- six (sees)
7- sept (seht)
8- huit (weet)
9- neuf (nuhf)
10- dix (dees)
11- onze (ohNz)
12- douze (dooz)
13- treize (trehz)
14- quatorze (kah-tohrz)
15- quinze (kaNz)
16- seize (sehz)
17- dix-sept (dees-seht)
18- dix-huit (dee-zweet)
19- dix-neuf (deez-nuhf)
20- vingt (vaN)

untuk post yang seterusnya, berkaitan jenis2 perkataan.

Monday, January 19, 2009

kenali huruf French

13 celcius...
bonjour!
so... seperti biasa, bilamana kita nak belajar @ tau sesuatu bahasa, kita kena mahir dalam selok belok hurufnya. contoh:

bahasa Malaysia: A, B, C
English Language: A, B, C
اللغة العربية: ا، ب، ت
dan sebagainya...
macam2 jenis huruf wujud dalam dunia ni, huruf paling famous, semestinya ABC, betul x? saya tak reti nak terangkan huruf negara lain sebab saya memang tak tau. ehe..
so... straight to the point, kenali huruf2 bahasa Perancis..

The French Alphabet
Huruf2 pada Bahasa Perancis sama jumlah & bentuknya dengan huruf2 pada Bahasa Inggeris. 26 kesemuanya. apepun, cara sebutannya agak berbeza. kenapa? itu la dinamakan keunikan sesuatu bahasa. terdapat tambahan pada beberapa huruf Perancis yang perlu diambil berat (kira cam accessory dia la).

Berikut merupakan huruf dan sebutannya..
A (ah) B (bay) C (say) D (day) E (uh) F (ehf) G (zhay) H (ahsh)
I (ee) J (zhee) K (kah) L (ehl) M (ehm) N (ehn) O (o) P (pay)
Q (kew) R (ehr) S (ehs) T (tay) U (ew) V (vay) W (doobluhvay)
X (eeks) Y (eegrehk) Z (zehd)

sama, tapi x serupa... kn?

Vowel Sounds
sebutan @ bunyi pada huruf vokal (vowel sounds) agak sukar dibunyikan. huruf2 vokal tersebut sering digabung 2 @ 3 samada sesama vokal @ bersama konsonan. jom tgk..

a, â (ah)
e, eu (uh)
é, ez, er, et (ay)
è, ê, ai (eh)
i, y (ee)
o, ô, au, eau (o)
o (oh)
ou (oo)
oi, oy (wah)
u (ew) - cara sebutnya... muncungkan mulut, sambil menyebut (ee) dapat x?

The Accent
apa itu "accent"? ia adalah sejenis tanda. ehe... ia terdapat pada huruf a, e & o. nampak x? ia tak mengubah bunyi, kecuali pada huruf e. terdapat beza antara bunyi é & è, ê. apa bezanya?
jom selidik satu2...
untuk penerangan yang lebih mendalam beserta bunyi, sila tekan sini, sini @ sini.

The Mute e
jika terdapat huruf "e" pada akhir perkataan @ di antara dua huruf konsonan, kebiasaannya "e" tersebut tidak dibunyikan. contohnya:

grande (grahNd) tall
samedi (sahm-dee) Saturday

The Nasal Sounds
apakah itu? ehe... perasan x? bila dengar orang bertutur dengan French, ada bunyi2 agak sengau? hehe.. tu la dia yang hendak dimaksudkan. bunyi tu tiada dalam English mahupun Bahasa Malaysia. contoh:

an, en (ahN) grand (grahN) large
ain, in, un, aim, im (aN) pain (paN) bread
on (ohN) bon (bohN) good

Consonants
kebanyakan huruf konsonan dalam French disebut lebih kurang sama dengan English. apepun, perlu diingat bahawa sebutab huruf French mestilah tepat. tak boleh malas2. hehe...
perkataan yang berakhir dengan konsonan biasanya tidak dibunyikan, kecuali jika ia berakhir dengan huruf c, f, r, & l.
ada gak huruf yang agak unik bunyinya.

(s)
ss (di antara dua vokal) poisson (pwah-sohN) fish
c (di depan e @ i) ciel (see-ehl) sky
ç (di depan a, o @ u) garçon (gar-sohn) boy

(g)
g (di depan a, o @ u) gâteau (gah-to) cake
gu (di depan e @ i) guerre (gehr) war

(zh)
j, g (di depan e @ i) jour (zhoor) day

(sh)
ch chapeau (shah-po) hat

(ny)
gn montagne (mohN-tany) mountain

*huruf h selalunya tidak dibunyikan.
*huruf r bunyi cam غ.

The Liaison
ha... perasan x? kadang2 kita dengar bila orang berborak dalam French, bunyi cam perkataan tu panjang sangat, sampai kita pun pelik apa yang dimaksudkan. actually, perkataan tu x de la panjang mane, cuma dalam French, kebanyakan huruf akhir dalam perkataan (konsonan) akan dibunyikan bersama huruf awal dalam perkataan (vokal) berikutnya. sama gak la cam hukum idgham bila membaca Al-Quran. =D (memasukkan huruf pada huruf yang lain). bezanya, tak semua huruf itu disambungkan. contoh:

C'est_un petit_appartement.
(seh-tahN puh-tee-tah-pahr-tuh-mahN)
It's a small apartment.

Vous_êtes mon_ami depuis six_ans.
(voo-zeht-moh-nah-mee duh-pwee see-zahN)
You have been my friend for six years.

apepun, liaison ni tak sistematik sangat. terpulang pada perkataan. contohnya pada et (ay) and, ia tak digabungkan pada huruf berikutnya.

un livre et un crayon
(aN leev-ray // aN kray-yohN)
a book and a pencil.

The Elision
apa jadi kalau 2 vokal bertemu dalam 2 perkataan? biasanya, bila perkataan yang berakhir dengan e @ a (article @ pronoun) bertemu perkataan yang bermula dengan vokal, e @ a yang pertama akan dibuang dan diganti dengan apostrophe '. contohnya:

la + école => l'école (lay-kohl) the school
je + aime => j'aime (jehm) I like
le + enfant => l'enfant (lahN-fahN) the child

okies... stop sampai sini je dulu. sambung pada post akan datang..

Sunday, January 18, 2009

Selayang Pandang..

9 celcius...
baru saja selesai mengedit serba sedikit pada layout setelah membazirkan masa beberapa jam memilih skin yang terbaik untuk blog ini. bukan tak pernah ada blog, bukan tak tau kat mana nak mencari, cuma terasa mahu yang terbaik kali ini. sedap mata memandang kata orang. setelah menyenaraikan pendekkan berpuluh-puluh skins yang dilihat sejak pagi tadi, akhirnya mengambil keputusan untuk membiarkan rakan serumah, sebilik, seuniversiti, sefakulti, sekuliah, sekelas, sebelah meja tapi tak sebaya memilih skin yang terbaik berdasarkan pendapatnya yang tersendiri. baru la tak rasa cam syok sendiri je pilih skin utk blog kali ni. ehe..

so... tujuan blog ini diwujudkan, tak lain tak bukan hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu yang baru dibaca, dengan harapan ilmu itu akan sentiasa melekat dalam minda bertepatan dengan tulisan pada blog ini yang akan kekal hingga suatu masa.
~doa2 la saya tak tutup blog ni k. ehe..

ingin diingatkan bahawa tak semua orang sama cara penulisannya. ada yang memilih untuk menulis berkenaan diri (ala2 diari gitu), pengalaman seharian, tazkirah, pendapat tersendiri. jika mereka yang meminati untuk membaca novel, blog berkisar tentang novel akan menjadi pilihan dihati. oh ye, ada gak blog tentang cerita2 di tv. betul x? so... kali ni saya memilih untuk menaip tentang subjek French.
kenapa?
sebab saya merupakan salah seorang yang kerap search website berkenaan cara mudah untuk belajar french, dan saya rasa amat terpanggil untuk mengajar di blog ini. so, sesiapa yg "kosong" dalam french, boleh la rajin2 lawat blog ni k.

okies... tu je kot buat kali ni.